Diterbitkan: 30 Julai 2024
Berkuat kuasa: 30 September 2024
Terma ini ("Terma") meliputi penggunaan produk pengguna, laman web dan perkhidmatan Microsoft yang tersenarai di penghujung Terma ini di sini (http://approjects.co.za/?big=servicesagreement#serviceslist) ("Perkhidmatan"). Anda menerima Terma ini dengan membuat akaun Microsoft, melalui penggunaan Perkhidmatan oleh anda atau dengan terus menggunakan Perkhidmatan ini selepas dimaklumkan tentang perubahan Terma ini.
1. Privasi Anda. Privasi anda penting bagi kami. Sila baca Pernyataan Privasi Microsoft (https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=521839) ("Pernyataan Privasi") kerana pernyataan ini menerangkan jenis data yang kami kumpulkan daripada anda dan peranti anda ("Data"), cara kami menggunakan Data anda, dan asas perundangan yang kami ada untuk memproses Data anda. Pernyataan Privasi tersebut juga menerangkan cara Microsoft menggunakan kandungan anda, iaitu komunikasi anda dengan orang lain; siaran yang anda serahkan kepada Microsoft melalui Perkhidmatan tersebut; dan fail, foto, dokumen, audio, kerja digital, siaran langsung dan video yang anda muat naik, simpan, siarkan, cipta, jana atau kongsi melalui Perkhidmatan tersebut, atau input yang anda serahkan untuk menjana kandungan ("Kandungan Anda"). Apabila pemprosesan berdasarkan kebenaran dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, dengan mempersetujui Terma ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Kandungan dan Data Anda oleh Microsoft sebagaimana yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi. Dalam beberapa kes, kami akan memberikan notis berasingan dan meminta kebenaran anda sebagaimana yang dirujuk dalam Pernyataan Privasi.
2. Kandungan Anda. Kebanyakan Perkhidmatan kami membolehkan anda mencipta, menyimpan atau berkongsi Kandungan Anda atau menerima bahan daripada orang lain. Kami tidak menuntut hak milik Kandungan Anda. Kandungan Anda kekal milik anda dan anda bertanggungjawab ke atas kandungan itu.
3. Tatakelakuan. Anda bertanggungjawab ke atas kelakuan dan kandungan anda semasa menggunakan Perkhidmatan.
4. Menggunakan Perkhidmatan & Sokongan.
5. Menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga. Perkhidmatan mungkin membenarkan anda mengakses atau mendapatkan produk, perkhidmatan, laman web, pautan, kandungan, bahan, permainan, kemahiran, penyepaduan, bot atau aplikasi daripada pihak ketiga yang bebas (syarikat atau individu bukan Microsoft) ("Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga"). Kebanyakan Perkhidmatan kami juga membantu anda mencari, membuat permintaan kepada atau berinteraksi dengan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga dan mungkin membolehkan atau memerlukan anda berkongsi Kandungan atau Data Anda dengan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut, dan anda memahami bahawa, dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda mengarahkan mereka untuk membuatkan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersedia untuk anda. Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga juga mungkin membolehkan atau memerlukan anda menyimpan Kandungan atau Data Anda dengan penerbit, pembekal atau pengendali Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga. Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga mungkin mengemukakan dasar privasi kepada anda atau mengkehendaki anda menerima terma mereka sebelum anda boleh memasang atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut. Lihat seksyen 13.b untuk terma tambahan bagi aplikasi yang diperoleh melalui Gedung tertentu yang dimiliki atau dikendalikan oleh Microsoft atau sekutunya (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Gedung Office, Microsoft Store pada Xbox dan Microsoft Store pada Windows). Anda hendaklah menyemak terma pihak ketiga dan dasar privasi sebelum memperoleh, menggunakan, meminta atau memautkan Akaun Microsoft anda kepada mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga. Mana-mana terma pihak ketiga tidak mengubah suai Terma ini. Microsoft tidak melesen sebarang harta intelektual kepada anda sebagai sebahagian daripada mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga ini. Anda bersetuju dan menanggung semua risiko dan liabiliti yang berbangkit daripada penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga ini oleh anda dan bahawa Microsoft tidak bertanggungjawab untuk sebarang isu yang berbangkit daripada penggunaannya. Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas anda atau orang lain untuk maklumat atau perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga.
6. Ketersediaan Perkhidmatan.
7. Kemas kini kepada Perkhidmatan atau Perisian, dan Perubahan kepada Terma Ini.
8. Lesen Perisian. Melainkan disertai dengan perjanjian lesen Microsoft yang berasingan (sebagai contoh, jika anda menggunakan aplikasi Microsoft yang disertakan dengan dan merupakan sebahagian dari Windows, maka Syarat Pelesenan Perisian Microsoft bagi Sistem Pengendalian Windows mentadbir perisian berkenaan), apa-apa perisian yang dibekalkan oleh kami kepada anda sebagai sebahagian dari Perkhidmatan adalah tertakluk pada Terma ini. Aplikasi yang diperoleh melalui Gedung tertentu yang dimiliki atau dikendalikan oleh Microsoft atau sekutunya (termasuk, tetapi tidak terhad kepada Gedung Office, Microsoft Store pada Windows dan Microsoft Store pada Xbox) adalah tertakluk pada seksyen 13.b.i di bawah.
9. Terma Pembayaran. Jika anda membeli sesuatu Perkhidmatan, maka terma pembayaran ini berkuat kuasa ke atas pembelian anda dan anda bersetuju dengannya.
10. Pihak yang Mengikat Kontrak, Pilihan Undang-Undang, & Lokasi untuk Menyelesaikan Pertikaian. Untuk kegunaan Perkhidmatan berjenama Skype yang percuma dan berbayar anda, jika anda menetap di luar Eropah, Timur Tengah dan Afrika, anda akan mengikat kontrak dengan, dan semua rujukan kepada "Microsoft" dalam Terma ini bermaksud, Skype Communications S.à.rl, 23 - 29 Rives de Clausen, L-2165 Luxembourg melainkan dinyatakan sebaliknya di bawah. Untuk Perkhidmatan berjenama Skype pengguna yang percuma atau berbayar, jika anda menetap di luar Eropah, Timur Tengah dan Afrika, undang-undang Luxembourg mengawal pentafsiran Terma ini dan membuat tuntutan bagi pelanggarannya tanpa mengira prinsip percanggahan undang-undang. Undang-undang wilayah atau negara di tempat anda menetap mengawal semua tuntutan lain (termasuklah perlindungan pengguna, persaingan tidak adil dan tuntutan tort). Jika anda menetap di luar Eropah, Timur Tengah dan Afrika, anda dan kami bersetuju secara tidak boleh ditarik balik dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Luxembourg bagi semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perkhidmatan berjenama Skype pengguna. Untuk semua Perkhidmatan lain, entiti yang anda mengikat kontrak dengannya, undang-undang yang mentadbir dan lokasi untuk menyelesaikan pertikaian tertera di bawah:
Undang-undang pengguna tempatan anda mungkin memerlukan sesetengah undang-undang tempatan untuk mengawal atau memberi anda hak untuk menyelesaikan pertikaian dalam forum lain meskipun terdapat Terma ini. Kalau begini, pilihan undang-undang dan peruntukan forum dalam seksyen 10 digunakan setakat yang dibenarkan undang-undang pengguna tempatan anda.
11. Waranti.
Anda juga berhak untuk memilih bayaran balik atau penggantian untuk kegagalan utama dengan barangan. Sekiranya kegagalan barangan atau perkhidmatan tidak membentuk kegagalan besar, anda berhak untuk mendapatkan pembaikan kegagalan tersebut dalam jangka masa yang munasabah. Jika ini tidak dapat dilakukan, anda berhak untuk mendapatkan bayaran balik barangan dan membatalkan kontrak untuk perkhidmatan itu serta mendapatkan bayaran balik bagi mana-mana bahagian yang tidak digunakan. Anda juga berhak untuk mendapat ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan boleh diramal dan munasabah yang lain akibat kegagalan barangan atau perkhidmatan.
12. Pembatasan Liabiliti.
13. Terma Khusus Perkhidmatan. Terma sebelum dan selepas seksyen 13 berkuat kuasa secara am bagi semua Perkhidmatan. Seksyen ini mengandungi terma khusus perkhidmatan yang menjadi tambahan kepada terma am. Terma khusus perkhidmatan ini mentadbir jika terdapat apa-apa konflik dengan terma am.
14. Pelbagai. Seksyen ini dan seksyen 1, 9 (untuk jumlah yang ditanggung sebelum tamat Terma ini), 10, 11, 12, 15, 17 dan yang lain mengikut termanya diguna pakai selepas Terma ini tamat akan kekal berterusan walaupun Terma ini ditamatkan atau dibatalkan. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, kami boleh memperuntukkan Terma ini, subkontrak obligasi kami di bawah Terma iniatau sublesen hak kami di bawah Terma ini, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda. Anda tidak boleh memperuntukkan Terma ini atau memindah milik sebarang hak untuk menggunakan Perkhidmatan. Ini adalah keseluruhan Perjanjian di antara anda dengan Microsoft untuk penggunaan Perkhidmatan. Ia menggantikan sebarang perjanjian sebelumnya di antara anda dan Microsoft berkaitan penggunaan Perkhidmatan oleh anda. Dalam menyertai Terma ini, anda tidak bergantung pada mana-mana pernyataan, representasi, waranti, kefahaman, aku janji, janji atau jaminan selain daripada yang dinyatakan secara jelas dalam Terma ini. Semua bahagian Terma ini berkenaan sehingga tahap maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkaitan. Jika mahkamah atau penimbang tara mendapati bahawa kami tidak dapat menguatkuasakan sebahagian daripada Terma ini sebagaimana yang tertulis, kami boleh menggantikan terma tersebut dengan terma yang serupa setakat yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang yang berkaitan, tetapi Terma yang selebihnya tidak akan berubah. Terma ini semata-mata untuk anda dan manfaat anda. Terma ini bukan untuk manfaat mana-mana orang lain, kecuali untuk pengganti dan penerima serah hak Microsoft. Tajuk seksyen adalah untuk rujukan sahaja dan tidak mempunyai kesan undang-undang.
15. Tuntutan Hendaklah Difailkan Dalam Masa Satu Tahun. Sebarang tuntutan yang berkaitan dengan Terma atau Perkhidmatan ini hendaklah difailkan di mahkamah (atau penimbangtaraan jika seksyen 10.d berkenaan) dalam tempoh satu tahun dari tarikh anda boleh buat pertama kali memfailkan tuntutan, melainkan undang-undang tempatan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk memfailkan tuntutan. Jika tidak difailkan dalam masa tersebut, maka ia disekat secara kekal.
16. Undang-undang Eksport. Anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang diguna pakai bagi perisian dan/atau Perkhidmatan, yang termasuk sekatan destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan geografi dan eksport, layari http://approjects.co.za/?big=exporting.
17. Kenyataan Hak dan Maklum Balas. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Terma ini, Microsoft tidak memberi anda lesen atau apa-apa hak lain dari apa-apa jenis di bawah mana-mana paten, pengetahuan, hak cipta, rahsia perdagangan, tanda niaga atau harta intelek lain yang dimiliki atau dikawal oleh Microsoft atau mana-mana entiti yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa nama, pakaian perdagangan, logo atau kesetaraan. Jika anda memberi Microsoft apa-apa idea, saranan, cadangan atau maklum balas, termasuk tanpa pengehadan idea untuk produk baharu, teknologi, promosi, nama produk, maklum balas produk dan penambahbaikan produk ("Maklum Balas"), anda memberi Microsoft, tanpa caj, royalti atau kewajipan lain kepada anda, hak untuk membuat, telah membuat, membuat kerja terbitan, menggunakan, berkongsi dan mengkomersialkan Maklum Balas anda dengan apa-apa cara dan untuk apa-apa tujuan pun. Anda tidak akan memberi Maklum Balas yang tertakluk pada lesen yang memerlukan Microsoft untuk melesenkan perisian, teknologi atau dokumentasi atau perkhidmatan kepada mana-mana pihak ketiga kerana Microsoft menyertakan Maklum Balas anda di dalamnya.
Notis dan prosedur untuk membuat tuntutan pelanggaran harta intelektual. Microsoft menghormati hak harta intelektual pihak ketiga. Jika anda ingin menghantar notis pelanggaran harta intelektual, termasuk tuntutan pelanggaran hak cipta, sila gunakan prosedur kami untuk menghantar Notis Pelanggaran (http://approjects.co.za/?big=en-us/legal/intellectualproperty/infringement) yang prosedur membentuk sebahagian daripada Terma ini. HANYA PERTANYAAN YANG BERKAITAN DENGAN PROSEDUR INI AKAN MENERIMA RESPONS.
Microsoft menggunakan proses yang ditetapkan dalam Tajuk 17, Kod Amerika Syarikat, Seksyen 512 dan apabila berkenaan, Bab III Peraturan (EU) 2022/2065 untuk membalas notis pelanggaran hak cipta. Dalam keadaan sewajarnya, Microsoft juga boleh menyahdayakan atau menamatkan akaun pengguna perkhidmatan Microsoft yang merupakan pelanggar berulang. Selain itu, dalam keadaan sewajarnya, Microsoft boleh menggantung notis pemprosesan oleh individu atau entiti yang kerap menghantar notis tidak berasas. Penerangan lanjut bagi prosedur berkenaan untuk Perkhidmatan tertentu, termasuk pembetulan berkemungkinan untuk keputusan yang dibuat oleh Microsoft sebagai sebahagian daripada prosedur ini boleh didapati dalam Notis Pelanggaran (http://approjects.co.za/?big=legal/intellectualproperty/infringement).
Notis dan prosedur berkenaan dengan kebimbangan harta intelektual dalam pengiklanan. Sila semak Garis Panduan Harta Intelektual (https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=243207) kami yang berkaitan dengan kebimbangan harta intelektual pada rangkaian pengiklanan kami.
Notis hak cipta dan tanda dagangan. Perkhidmatan merupakan hak cipta ©Microsoft Corporation dan/atau pembekalnya, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, USA. Hak cipta terpelihara. Terma tersebut merangkumi Garis Panduan Tanda Dagangan & Jenama Microsoft (http://approjects.co.za/?big=en-us/legal/intellectualproperty/trademarks/usage/general.aspx) (sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). Microsoft serta nama, logo dan ikon semua produk, perisian dan perkhidmatan Microsoft mungkin merupakan sama ada tanda dagangan tidak berdaftar atau berdaftar kumpulan syarikat Microsoft di Amerika Syarikat dan/atau bidang kuasa lain. Berikut ialah senarai tidak lengkap tanda dagangan Microsoft di http://approjects.co.za/?big=en-us/legal/intellectualproperty/trademarks/EN-US.aspx. Nama syarikat dan produk sebenar mungkin tanda dagangan bagi pemilik masing-masing. Apa-apa hak yang tidak diberikan dengan jelas dalam Terma ini terpelihara. Perisian tertentu yang digunakan dalam pelayan laman web Microsoft tertentu berdasarkan sebahagian kerja Independent JPEG Group. Hak cipta © 1991-1996 Thomas G. Lane. Hak cipta terpelihara. Perisian "gnuplot" yang digunakan dalam pelayan laman web Microsoft tertentu ialah hak cipta © 1986-1993 Thomas Williams, Colin Kelley. Hak cipta terpelihara.
Notis perubatan. Microsoft tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan atau apa-apa penjagaan kesihatan lain. Sentiasa dapatkan nasihat pakar perubatan anda atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan yang lain jika anda ada apa-apa soalan tentang masalah perubatan, diet, kecergasan atau program kesejahteraan. Jangan sekali-kali abaikan nasihat perubatan profesional atau lewatkan usaha mendapatkan nasihat disebabkan oleh maklumat yang anda capai pada atau melalui Perkhidmatan tersebut.
Sebut harga saham dan data indeks (termasuk nilai indeks). Maklumat kewangan yang disediakan melalui Perkhidmatan adalah untuk kegunaan peribadi dan kegunaan bukan komersial anda sahaja. Anda tidak boleh menggunakan apa-apa data kewangan atau lambang mana-mana pemberi lesen pihak ketiga yang berkaitan dengan pengeluaran, penciptaan, penajaan, perdagangan, pemasaran atau promosi apa-apa instrumen kewangan atau produk pelaburan (sebagai contoh, indeks, terbitan, produk berstruktur, dana pelaburan, dana pertukaran dagangan, portfolio pelaburan dll, yang harga, pulangan dan/atau prestasi instrumen atau produk pelaburan berdasarkan, berkaitan dengan atau bertujuan menjejak apa-apa data kewangan) tanpa perjanjian bertulis dengan pemberi lesen pihak ketiga yang berasingan.
Notis kewangan. Microsoft bukan broker/pengedar atau penasihat pelaburan berdaftar di bawah undang-undang sekuriti persekutuan atau undang-undang sekuriti bagi bidang kuasa lain di Amerika Syarikat dan tidak menasihati individu tentang kebijaksanaan melabur, membeli atau menjual produk atau perkhidmatan sekuriti atau kewangan lain. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Perkhidmatan ialah tawaran atau pengumpanan untuk membeli atau menjual apa-apa sekuriti. Microsoft atau pemberi lesen sebut harga saham Microsoft atau data indeks mengendors atau mengesyorkan apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan tertentu. Tiada apa-apa dalam Perkhidmatan yang bertujuan sebagai nasihat profesional, termasuk tanpa had, nasihat pelaburan atau cukai.
Notis tentang Piawai Video H.264/AVC dan VC-1. Perisian tersebut mungkin termasuk teknologi codec H.264/AVC dan/atau VC-1 yang dilesenkan oleh MPEG LA, L.L.C. Teknologi ini ialah format untuk pemampatan data bagi maklumat video. MPEG LA, L.L.C. memerlukan notis ini:
PRODUK INI DILESENKAN DI BAWAH LESEN PORTFOLIO PATEN H.264/AVC DAN VC-1 UNTUK KEGUNAAN PERIBADI DAN KEGUNAAN BUKAN KOMERSIAL OLEH PENGGUNA UNTUK (A) MENGEKOD VIDEO YANG MEMATUHI PIAWAI (“PIAWAI VIDEO”) DAN/ATAU (B) MENYAHKOD VIDEO H.264/AVC, MPEG-4 VISUAL DAN VC-1 YANG TELAH DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN AKTIVITI BUKAN KOMERSIAL DAN/ATAU TELAH DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MEMBEKALKAN VIDEO SEDEMIKIAN. TIADA LESEN DIBERIKAN ATAU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI DIBERIKAN UNTUK APA-APA KEGUNAAN LAIN. MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIPEROLEH DARIPADA MPEG LA, L.L.C. LIHAT LAMAN WEB MPEG LA (https://www.mpegla.com).
Untuk tujuan penjelasan sahaja, notis ini tidak mengehadkan atau melarang penggunaan perisian yang diberikan di bawah Terma ini bagi kegunaan perniagaan biasa yang bersifat peribadi bagi perniagaan tersebut yang tidak termasuk (i) pengedaran semula perisian kepada pihak ketiga atau (ii) penciptaan bahan dengan teknologi yang mematuhi PIAWAI VIDEO untuk diedarkan kepada pihak ketiga.
Notis tentang Piawai Video H.265/HEVC. Perisian tersebut mungkin termasuk teknologi pengekodan H.265/HEVC. Access Advance LLC memerlukan notis ini:
JIKA DISERTAKAN, TEKNOLOGI H.265/HEVC DALAM PERISIAN INI DILINDUNGI OLEH SATU ATAU LEBIH TUNTUTAN PATEN HEVC YANG DISENARAIKAN DI: PATENTLIST.ACCESSADVANCE.COM. BERGANTUNG PADA CARA ANDA MENDAPATKAN PERISIAN, PRODUK INI MUNGKIN DILESENKAN DI BAWAH PORTFOLIO PATEN HEVC ADVANCE.
Jika perisian ini dipasang pada peranti Microsoft, maklumat pelesenan tambahan boleh didapati di: aka.ms/HEVCVirtualPatentMarking.
TERMA LESEN APLIKASI STANDARD
MICROSOFT STORE, WINDOWS STORE PADA WINDOWS DAN MICROSOFT STORE PADA XBOX
Terma lesen ini adalah perjanjian antara anda dengan penerbit aplikasi. Sila baca syarat ini. Terma ini berkuat kuasa ke atas aplikasi perisian yang anda muat turun daripada Microsoft Store, Microsoft Store di Windows atau Microsoft Store di Xbox (setiap satunya dirujuk dalam syarat pelesenan ini sebagai "Store"), termasuk apa-apa kemas kini atau tambahan untuk aplikasi tersebut, melainkan aplikasi tersebut disertakan dengan terma berasingan, maka terma tersebut akan berkuat kuasa.
DENGAN MEMUAT TURUN ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI ATAU CUBA UNTUK MELAKUKAN MANA-MANA PERKARA INI, ANDA MENERIMA TERMA INI. JIKA ANDA TIDAK MENERIMANYA, ANDA TIADA HAK UNTUK DAN TIDAK BOLEH MEMUAT TURUN ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI.
Penerbit aplikasi bermakna entiti yang melesenkan aplikasi kepada anda, seperti yang dikenal pasti dalam Store.
Jika anda mematuhi terma-syarat pelesenan ini, anda mempunyai hak-hak di bawah.
Pembatasan ini diguna pakai untuk:
Ia juga diguna pakai jika:
Produk, aplikasi dan perkhidmatan yang berikut diliputi oleh Perjanjian Perkhidmatan Microsoft tetapi mungkin tidak tersedia di pasaran anda.